CALL US:  +603 7725 8715

REQUEST FOR CONSULTATION : sunitha@sunitharuthram.com , info@sunitharuthram.com

Notis berikutan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dikeluarkan oleh Sunitha Ruthram & Co kepada setiap pelangan, pelanggan yang dahulu dan bakal pelangan yang kami hargai/ nilai berikutan kewajipan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami ingin memaklumkan bahawa kami melindungi dan memberikan perhatian serius terhadap data peribadi anda dan apa-apa pendedahan kepada Pihak Ketiga tidak dilakukan melainkan sepertimana yang dimaklumkan dalam Notis ini.

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta tersebut"), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi yang peribadi dan sensitif dalam urusniaga komersial diwajibkan pada Sunitha Ruthram & Co (selepas ini dirujuk secara tukar ganti sebagai "SRC", "Firma”, “Kita” atau "Kami") selaku pemegang data peribadi kepunyaan para pelanggan, pelanggan akan datang dan juga pekerja, agen dan wakil sah yang berkhidmat dibawahnya dalam proses melaksanakan tanggungjawap perkhidmatan profesional. Untuk tujuan notis bertulis ini, terma "data peribadi" "data peribadi sensitif" dan “memproses” mempunyai erti sepertimana yang ditetapkan dalam Akta tersebut.

 

Semasa menjalankan urusan anda dengan SRC dan syarikat-syarikat berkaitan sama ada wujud pada masa sekarang atau bakal diwujudkan (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 1965) (sleepas ini dirujuk sebagai "Kumpulan Syarikat SRC"), sebagai pelanggan / bakal pelanggan kami yang dihargai dan bernilai, kami akan meminta agar anda menyediakan dan memberikan data dan maklumat peribadi ("selepas ini dirujuk secara kolektinya sebagai “Data Peribadi") kepunyaan para pelanggan anda , pelanggan akan datang dan juga pekerja, agen dan wakil sah anda untuk membolehkan kita memberikan khidmat nasihat guaman dengan sempurna.

 

1. Notis bertulis ini dan terma-terma yang terkandung dalam ("Notis") ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda atau pekerja/pelanggan serta bakal pelanggan anda sedang diproses oleh atau bagi pihak SRC dan data peribadi anda telah atau boleh dikumpul pada masa akan datang daripada maklumat-maklumat yang anda berikan kepada kami di dalam brief, emel, dokumen-dokumen peribadi anda/pekerja pelanggan serta bakal pelanggan yang berkenaan dan apa-apa bentuk lain yang setara (selepas ini secara kolektifnya dirujuk sebagai "dokumen-dokumen tersebut") yang telah diminta untuk menyempurnakan perkhidmatan guaman kami bersama-sama dengan maklumat lain yang  diperolehi kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat rumah , gambar , alamat e-mel peribadi , nombor telefon bimbit , butiran kad kredit, butiran keluarga terdekat, majikan, bank-bank dan maklumat lain yang kami telah minta termasuk tetapi tidak terhad kepada, laporan kewangan, penilaian kredit, Penyata Bank, Borang 24,49 atau borang-borang lain yang termaktub dalam Akta Syarikat 1965, data kewangan dan lain-lain.

 

2. Jika anda telah gagal atau anda gagal untuk membekalkan kepada kami data peribadi di atas atau gagal memberikan maklumat peribadi dengan tepat, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk apa-apa tujuan (bawah). Di samping itu, jika anda kemudiannya menarik balik kebenaran anda kepada kami untuk memproses data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk semua tujuan di bawah dan ini akan memberi kesan negatif dalam memenuhi terma- terma dan syarat-syarat obligasi kontrak bersama, arahan-arahan khususnya dalam pemprosesan maklumat dan data-data untuk menyempurnakan pemfailan kertas-kertas kausa bagi pihak anda di Mahkamah.

 

3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan anda bagi tujuan (termasuk tetapi tanpa menghadkan kepada) menyempurnakan khidmat nasihat guaman kami, melaksankan latihan-latihan yang berkaitan dengan guaman dan/atau sebagainya seperti seminar, diskusi, briefing, memfailkan kertas-kertas kausa seperti Memorandum Kehadiran, Writ Saman, Penyata Tuntutan, Penyata Pembelaan, Penyata Kes, Penyata Pembelaan dan sebagainya, menyediakan kontrak-kontrak yang berkaitan sepertimana yang diarahkan, mengambil tindakan guaman ke atas pekerja atau bekas pekerja ,pelanggan atau bekas pelanggan, vendor dsb; memasuki sesuatu kontrak khidmat nasihat guaman dengan anda melalui kontrak perundangan, pengurusan akaun/fail anda dengan kami dan perlaksanakan perjanjian kontrak lain yang telah dibuat di antara anda dan kami dan apa-apa maksud lain sebagaimana yang berkaitan kepada perkara di atas ("tujuan").

 

4. Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada anak-anak syarikat (sama ada wujud sekarang atau bakal wujud di masa akan datang), rakan perniagaan profesional kami seperti juruaudit, peguam, pegawai teknologi maklumat, atau bank-bank kami, penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana pihak lain yang diminta atau dibenarkan oleh Sunitha Ruthram & Co atau anda untuk menyempurnakan tujuan di atas berlandaskan undang-undang yang sedia ada atau dimana Mahkamah atau undang-undang mengarahkan/membenarkan pendedahan.

 

5. Seterusnya, data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia bagi maksud di atas.

 

6. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan memastikan bahawa data peribadi yang diberikan adalah yang terkini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan maklumat peribadi anda dan / atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, dengan menghubungi kakitangan yang diberi kuasa secara bertanggungjawab PDPA di: -

 

 

NOTIS BERIKUTAN

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI  2010

VERSI  BAHASA MALAYSIA

Ms Yeap Shor Kuan/ Ms Sunitha

Messrs. Sunitha Ruthram & Co

Advocates & Solicitors

Suite 28A, Jalan Tun Muhammad Fuad 1,

Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603:77258715/+603:77338715   F: +603:+77288715.

Email: shorkuan@sunitharuthram.com

sunitha@sunitharuthram.com

Kami mungkin akan menolak permintaan anda untuk mengakses atau memperbetulkan data peribadi anda di bawah Akta dan jika kita enggan mematuhi permintaan itu, kami akan memaklumkan kepada anda penolakan kami dan sebab-sebab penolakan sama ada secara lisan atau secara bertulis .

 

Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia

ABOUT US

OUR SERVICES

CONTACT

DOWNLOAD

We are a boutique Employment law firm providing specialized professional legal services and representation SOLELY to Employers and/or Corporate clients who are entangled in a myriad of employment related matters and industrial disputes at various forums of dispute resolution.

•  Representation at the Labour Court in all States

•  Representation at the Industrial Court in all States

•  Representation at the High Court in all States

•  Representation at the Court of Appeal

t : +603 7725 8715

     +603 7733 8715

f  : +603 7728 8715

e :  info@sunitharuthram.com

Click here to download

our latest company profile

© 2015 Sunitha Ruthram & Co . All rights reserved

Read our notice relating to the Personal Data Protection Act 2010. Privacy Policy

English

/ Bahasa